CEMZ TRADING adalah sebuah syarikat milik bumiputera. Kami menjalankan perniagaan pemasangan Tinted filem sejak dari tahun 2013 hingga sekarang.
Tinted yang kami gunakan adalah yang paling berkualiti berjenama USA. Tinted filem kami mampu menapis haba dari luar rumah atau bangunan sehingga 90%. Tinted filem kami juga berfungsi untuk melindungi serta memelihara kualiti barangan dalam premis, samada di rumah atau di pejabat.
Dari segi perlindungan, dengan pemasangan tinted filem, kediaman atau bangunan juga mampu memberikan perlindungan terhadap kaca cermin tingkap atau pintu dengan lebih efektif. Dimana sekiranya kejadian pecah berlaku, cermin yang dilindungi dengan filem tinted tidak akan mudah hancur dan mengakibatkan kemalangan teruk terjadi. Tinted ini dinamakan Safety Tint. Hanya filem tinted dari USA yang mampu memberikan kesan efektif ini kerana gam yang digunakan adalah yang paling berkualiti serta filemnya yang tebal sebanyak 3 ply sehingga 5 ply.
Setelah pemasangan dibuat, haba serta cahaya panas dari luar bangunan dapat dirasai telah berkurangan sehingga anda tidak perasan betapa panas udara di luar bangunan anda. Sekiranya air-cond atau penyejuk udara dipasang, secara tidak langsung ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga. Tidakkah ini berita baik buat anda?
Sekiranya kurang penggunaan CFC yang terdapat dalam gas Air-cond, untuk pengetahuan anda, kita juga secara tidak langsung dapat menyelamatkan bumi dari lapisan ozon yang semakin menipis dari menembuskan cahaya yang secara langsung di peroleh dari cahaya matahari yang amat merbahaya pada kulit kita.
Itulah sedikit info yang boleh kami kongsikan disini, sekiranya ada yang berminat boleh terus ke rangkaian ini:
atau link facebook kami untuk melihat gambar hasil kerja yang telah kami siapkan..